Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi
kebencian pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika
Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak
berkurang kerana kesalahan
Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan
merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali
Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat
ngeri dari putus cinta
Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang.
Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang
Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian
babak kehidupan seorang lelaki
Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia
belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu
berbahaya
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan
melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma
tanah yang berlainan menerimanya
Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya
pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu
bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda
Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia
akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam
cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan